Pages

Subscribe:

Monday 28 May 2012

Undi parti masuk syurga fatwa sesat


KUALA LUMPUR 27 Mei - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi (gambar) menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.
Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.
Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik.





Monday 21 May 2012

Bersih 3.0: Anwar dan Azmin akan didakwa esok

KUALA LUMPUR 21 Mei - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok berhubung perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.
Difahamkan mereka akan didakwa mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan iaitu hadir dalam perhimpunan yang dilarang dan Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012. - UTUSAN

Monday 14 May 2012

Parasit Pas rela ulama diaibkan

KUALA LUMPUR 14 Mei - Sikap berdiam diri golongan parasit di dalam Pas berhubung komitmen barisan kepimpinan parti itu khususnya Dewan Ulama untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ditentang oleh sekutu mereka, DAP, hanya menunjukkan mereka lebih rela kepimpinan ulama diaibkan.
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, kumpulan parasit di dalam Pas pada masa ini lebih selesa menyentuh isu hak asasi, pilihan raya bersih, mengambil pendekatan yang begitu liberal terhadap isu murtad serta keghairahan menuju ke Putrajaya.
‘‘Amat malang bagi sebuah parti Islam yang mempunyai barisan kepimpinan yang semakin liberal dan tidak menunjukkan sokongan padu serta kesungguhan yang jitu untuk melaksanakan hudud dan syariat Islam.
‘‘Malah sanggup pula melihat pimpinan ulama mereka diaibkan,’’ katanya melalui status Facebook terbaru beliau hari ini.

Tuesday 20 March 2012

Langkah bijak SPR elak rakyat terkeliru

TAN MELAKA
Kuala Lumpur

SELEPAS tengah hari pada hari pengundian pilihan raya negeri Sarawak yang lalu, tersebar luas seperti api kebakaran yang liar hingga ke Kuala Lumpur mengatakan kerajaan Barisan Nasional tumbang. Tetapi logik pemikiran saya menolaknya terutama kerana yang memberitahu saya ialah seorang rakan yang diketahui sebagai anti Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud.

Oleh kerana tidak bagitu pasti, saya meminta pengesahan beberapa orang kawan di Sarawak yang memberitahu bahawa khabar itu juga sedang tersebar di seluruh Sarawak. Tetapi seorang rakan di RTM Kucing memberitahu bahawa hal itu tidak benar.

Ternyata apabila keputusan rasmi diketahui, BN menang cemerlang walaupun kehilangan beberapa kerusi. Sokongan bumiputra Sarawak kepada Taib Mahmud adalah mantap.

Yang menjadi pertanyaan saya, kenapakah khabar palsu itu disebarkan menerusi telefon dan internet dan juga dari mulut ke mulut? Hal ini tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya di negara ini.

Pada perhitungan saya, tujuan pertama pihak pakatan pembangkang menyebarkan khabar palsu itu adalah setelah dapat mencium dan mengetahui kekalahan supaya penyokong Barisan Nasional atau pengundi yang belum keluar mengundi, tidak keluar mengundi kerana tidak lagi akan dapat membantu untuk memulihkan kuasa BN.

Keduanya, untuk mendorong mereka yang keluar mengundi memberi undi kepada pihak telah pasti menang bagi memperteguhkan lagi kedudukan mereka. Apa guna lagi memberi undi kepada pihak telah kalah.

Strategi dan taktik kotor pakatan pembangkang ini tentulah tidak diduga sama sekali oleh BN. Saya sendiri hampir percaya tetapi dibantu oleh pengalaman dan mengetahui kekuatan akar umbi pimpinan Taib Mahmud, khabar angin itu tidak saya terima bagitu mudah. Tetapi tidaklah semua rakyat biasa yang akan dapat berfikir dan merasionalisasikan pemikiran apabila berhadapan dengan situasi seperti ini.

Maka itu, saya amat mengalu-alukan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan dilakukan pada pukul empat petang walaupun pusat terbabit ditutup lebih awal.

Ini akan dapat mencegah langkah kotor mana-mana pihak untuk mendapat undi rakyat menerusi pembohongan dan taktik kotor yang boleh mengelirukan rakyat.

Saya angkat topi kepada SPR yang sensitif terhadap apa yang berlaku pada hari pembuangan undi pilihan raya Sarawak lalu dan mengambil langkah supaya ia tidak berulang demi untuk mempastikan perjalanan pilihan raya yang sihat dan demokrasi yang bersih.

Tetapi kita tidak akan dapat menduga apakah lagi strategi pembohongan, penipuan dan taktik kotor yang dilakukan pakatan pembangkang. Rakyat mestilah berwaspada dalam menerima khabar daripada anasir pembohong dan penipu yang mudah untuk dikenali sekarang ini kerana mereka mendedahkan budaya mereka dari semasa ke semasa.

Friday 16 March 2012

Khianat kepada bangsa, agama

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 16 Mac - Perbuatan mana-mana pihak termasuk parti politik dalam negara yang menjalinkan kerjasama atau meminta campur tangan kumpulan pro-Yahudi untuk menjatuhkan kerajaan disifatkan sebagai pengkhianatan kepada agama dan bangsa.

Tokoh agama yang juga Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berpendapat, perbuatan pihak tersebut juga adalah cubaan untuk merampas hak dan merosakkan akidah umat Islam di negara ini.

Justeru, kata beliau, rakyat wajib bangkit menentang cubaan pihak terbabit dengan sentiasa memberikan sokongan padu kepada kerajaan sedia ada termasuk dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

"Perbuatan mereka itu boleh merosakkan agama dan tindakan tersebut bercanggah dengan Islam, ia merupakan pengkhianat bangsa, agama serta kerajaan Islam.

Wednesday 14 March 2012

Pembangkang cuba pertahan Anwar

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 14 Mac - Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang tertekan dengan isu kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendirian beliau menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat, hari ini.

Tindakan mereka yang dianggap cuba menegak benang basah itu tercetus apabila Menteri Luar, Datuk Anifah Aman yang menjawab soalan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran) membacakan kenyataan Anwar berhubung perkara itu yang disiarkan dalam The Wall Street Journal, Januari lalu.

Suasana kecoh bermula apabila Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) bangun membantah tindakan Anifah yang disifatkannya tidak berasas.

Nurul Izzah mendakwa Anifah cuba mengelirukan dewan dan sengaja menggunakan ruang menjawab untuk melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap Anwar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...